Jumaat

Hari Ketiga : Nota Untuk Hati Yang Lara

jangan dikhuatiri. sekiranya kamu percaya pada takdir, jodoh dan pertemuan. kamu tidak akan apa-apa.

ini adalah pengubat hati. statement-statement yang deniedkan rasa-rasa hati aku untuk ketika ini. namun aku percaya pada takdir. terutamanya jodoh dan pertemuan.setiap jodoh dan pertemuan itu ada hikmah yang telah disusun rapi bersama dengan kerahmatan di dalamnya.

aku berpegang pada itu. kerana jodoh aku untuk bertemu dengan dia pun kemungkinan telah dirancang olehNya dalam kehidupan. untuk berjumpa, berkenalan dan menjadi sebegini.

hati. jangan diresahkan lagi dengan membawa siulan lara. sekarang ini pun masa berjalan dengan begitu pantas. meninggalkan kita dengan pelbagai memori samada hitam ataupun putih. pejam celik pejam celik sudah nak masuk hujung tahun.

optimis untuk 2011.

misi 2011.

tapi adakah hati aku ini masih lagi milik si dia ataupun dalam tempoh dua tahun itu hati aku kan berubah dan menjadi kepunyaan yang lain. aku tidak tahu. aku tidak pasti. kerana jodoh dan pertemuan seuatu yang tidak boleh diramalkan untuk ketika ini. kita hanya manusia yang melayari satu fasa kehidupan kita dari hari ke sehari.

kita hanya mampu merancang.

Tuhan menentukan segalanya.

4 comments:

kueh bakar berkata...

jangan dikhuatiri. sekiranya kamu percaya pada takdir, jodoh dan pertemuan. kamu tidak akan apa-apa.

BTOLA TU

pelangi and promise berkata...

kueh bakar : yeah..:)

Tanpa Nama berkata...

benar tu..kalau jodoh tak kemana. kalau takde jodoh nak wat camne!

-kamiya

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : that's the problemo...heheh