Jumaat

Pemberitahuan : Aku telah MATI disini.

Aku telah MATI disini.

Temui aku disini :

Ghost And Bunga.

>> Ghost adalah dia.

>>> Bunga yang mekar adalah untuk aku.

i dont know...they jusy got burst

ada orang they didnt know apa yang rasa di dalam ini. bila aku cuba luahkan mereka cepat melenting. at the first place dulu, mereka ini berkata; u should let it out man. tapi bila aku luahkan, they just got burst.

aku pun tak faham dengan segelintir manusia-manusia seperti ini.

atau.

mereka yang tidak faham dengan apa yang bermain dalam benak hati ini.

at the end of the day. aku hanya mengalah. diam is the best play.

Rabu

Tiada Lagi Bilangan Hari; Kerana Seorang Borjuis Ini Telah Berjaya Lupakan Dia

bila kuasa stanza bermain lalu lalang dihadapan aku, dalam fikiran aku. akhirnya aku telah berjaya melupakan dia; segalanya.

biarkan dia pergi bermain jauh-jauh. terbang bersama segala kenangan dan impian.

aku mahu terus hidup.

Selasa

Hari Kesembilan : Berpuasa And I Lost

aku rasa masa berlalu begitu cepat sehinggakan aku seperti tak sempat bernafas. sakit dada. sakit tekak. perut kosong.

diam tak diam tak masuk puasa yang ke-empat. diam tak diam akan masuk waktu seminggu dan diam tak diam kita akan sampai ke penghujung puasa.

untuk 3 hari pertama. tiada apa yang banyak sangat aku buat since masa itu adalah hari minggu. menghabiskan sisa-sisa waktu sambil menunggu waktu berbuka dengan tidur. pergi pasar ramadan. tengok televisyen dan sebagainya. boring giler.

aku mengaku.

i lost my life.

i lost my heart.

i lost my love.

aku berjaya kikiskan dia dari pemikiran aku. alhamdulillah. ini adalah satu petanda yang positif. aku tidak lagi dirundung suasana kelam. suasana tipu daya hawa fikiran nafsu nafsi. aku berpijak dibumi yang nyata. menerima hakikat dia tiada lagi untuk aku.

masih berbuka puasa bersama keluarga dirumah. belum ada mood yang khusus untuk berbuka puasa di luar. adakah sebab kerana tiadanya dia. atau; menu-menu yang diluar sana belum lagi memeranjatkan selera-selera harimau aku untuk ketika ini. maasa ini. waktu ini. buah tangan ibu tercinta adalah lebih mengcengkam jiwa dan menyelerakan.

pasar ramadhan.

aku rasa sama seperti tempat-tempat lain. menyediakan juadah berbuka yang sama. aku tidak pasti samada sedap atau tidak. tapi aku percaya seperti tahun-tahun yang lepas. rasa makanan di pasar ramadhan ini adalah gagal dan dibawah standard penilaian makanan aku. aku masih tidak faham kenapa kalau masak tidak sedap tapi masih hendak menjual. aku tahu ini semua adalah niat untuk mencari rezeki. tapi biarlah win-win situation dimana; rezeki yang kita dapat itu adalah barakah dan pelanggan pun berpuas hati dengan rasa makanan kita. ini tidak bila masak tak sedap, pelanggan akan mengutuk so; sama-sama ditolakkan pahala. ini cerita lain.

i just lost my self to the food devil.

masih belum ke sunat terawih.

damn. shit.

Jumaat

Hari Kelapan : Bila Puasa Kembali Menjelma. Bukan Seperti Sebelumnya. Tahun ini DIa Yang Lain

aku adalah hipokrit. hipokrit dengan mengatakan aku boleh melupakan dia dalam masa seminggu. seminggu. adalah tidak cukup. seminggu adalah tidak tertahan. seminggu. adalah seksa. seksa untuk aku merindui setiap saat aku bersama dengan dia.

esok.

kita akan mula berpuasa.

puasa. mengingatkan aku dengan dia. berbuka puasa bersama. bersahur bersama. tidak puasa pun pernah bersama. berbuka puasa di dalam restoran mahal. berbuka puasa di kedai mamak. dan; berbuka puasa di dalam kereta disebabkan kelewatan kerana kesesakan lalu-lintas.

puasa. mengingatkan aku tentang aku dan dia. berebut untuk berbuka di kedai makan atau restoran pilihan hati masing-masing. walaupun secara jujurnya, aku selalu kalah untuk dia. melihat dia menikmati makanan kegemaran dia sambil berbuka adalah satu saat yang aku idam-idamkan setiap kali masuk bulan puasa.

puasa. mengingatkan aku untuk memilih waktu yang sesuai untuk aku luangkan bersama dia kerana tertakluk dengan waktu-waktu dia untuk bersama teman lelaki dia. setiap tahun pun begini. dan; aku mulai suka dengan thrill-thrill sebegini.

puasa.

tahun ini.

tiada lagi, itu-itu semua. aku hanya menyusuri waktu-waktu berbuka aku seorang diri. bersama keluarga aku. bersama rakan-rakan opis. bersama kawan-kawan yang lain. walau diberikan 1000 peneman aku untuk berbuka bersama ataupun bersahur bersama. namun ia tidak dapat menandingi untuk aku berbuka hanya dengan dia. aku dan dia. berdua. kami berdua.

setiap kedai-kedai makan dan restoran. setiap menu-menu makan yang kami pernah makan atau pergi bersama ketika puasa dan bersahur tinggalkan bait-bait rasa sayang kami berdua. bait-bait memori kisah-kisah lalu disaat kami bergelak dan bergurau ketika menantikan azan Maghrib.

kosong.

tahun ini.

p/s : kepada mereka yang membaca blog aku ini : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN !

Khamis

Hari Ketujuh : Forget Abt Ol' Love. Lets Start To Communicate

di alam percintaan, memang ada pasang surutnya. ada yang bergaduh dan ada yang berbaik semula. ada yang bercerai berai dan kembali rujuk semula. itulah lumrah percintaan yang ada.

tapi.

untuk aku.

aku rasa aku berada di dalam zon kegagalan bagi setiap kali bercinta. adakah ini hikmah atau malapetaka. aku tidak tahu. yang pastinya. aku sememangnya sering gagal dalam bercinta. samada aku yang buat hal ataupun aku yang ditinggalkan. ini adalah lumrah. we should learn from mistake. belajar dari kesilapan lalu.

atau.

mungkin mereka ini semua bukan jodoh aku.

***

aku ingin bebas dari sindrom atau bulatan mortar kekecewaan. untuk kita keluar dari gelombong ini. kita harus bersosial. konteks sosial disini adalah mulai untuk bergaul dengan people yang telah lama kita tinggalkan.

ini adalah adat manusia. bila sudah tidak berpunya, mereka akan kembali ke kelompok awal mereka. sombong. pentingkan diri sendiri.

perbanyakkan pilihan.

bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. kita harus lihat dunia ini bahawa ia adalah luas. peluang akan ada dimana-mana cuma mungkin takdir yang akan menentukan segalanya.

i should sms back semua kawan-kawan perempuan aku yang aku terlupa dahulu.

Rabu

Hari Keenam : Boy Dont Cry

aku percaya dengan hukum karma di dalam dunia ini. dimana buat baik akan dibalas dengan baik dan berbuat jahat akan dibalas dengan kejahatan. segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. samada hikmah itu baik ataupun buruk, itu perkara lain bukan Hak kita untuk menentukannya. kita hanyalah sebagai pelakon-pelakon yang memainkan watak di atas muka bumi ini sebelum kita disedut mati ke alam yang lain.

Tuhan sayangkan aku.

tekaan aku.

sebab itu dia memberikan perkara-perkara sebegini berlaku kepada aku; kisah aku dan dia. kemungkinan ada perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku antara kami berdua sekiranya perhubungan aku dan dia diteruskan juga.

kemungkinan : dia dan teman lelakinya akan berpisah ( pada mulanya, inilah harapan aku ).

kemungkinan : aku dan teman lelakinya akan bergaduh untuk dia ( sewaktu aku belajar disekolah menengah, bergaduh untuk seorang perempuan adalah perkara yang paling cheap untuk aku. mungkin masa itu aku tidak tahu apa itu ertinya sebenar JATUH CINTA; itu perkara lain ).

kemungkinan : beberapa perkara lain yang mungkin tidak baik yang akan melibatkan aku dan dia.

itu dari soal hitamnya.

putihnya.

kemungkinan : Tuhan sedang menguji aku. sedang menguji sejauh mana kekuatan aku. sejauh mana keutuhan hati aku. dan; sejauh mana diri aku.

kemungkinan : Tuhan menyuruh aku mengingati TUHAN dengan lebih kerap !

putus cinta. jatuh cinta adalah soal remeh.

buang jauh-jauh semua ini. aku cuba. aku akan lontarkan jauh-jauh. kalau boleh, sejauh yang tidak akan boleh aku capai dan aku lihat supaya rasa-rasa ini hilang macam itu saja.

ingat.

lelaki tidak seharusnya menangis. tapi sebagai manusia; kita diberi peluang untuk menangis. menangis itu adalah salah satu luahan stress. luahan perasaan yang berselindung disebalik muka-muka ceria senyuman memuncung.