Selasa

Hari Kesembilan : Berpuasa And I Lost

aku rasa masa berlalu begitu cepat sehinggakan aku seperti tak sempat bernafas. sakit dada. sakit tekak. perut kosong.

diam tak diam tak masuk puasa yang ke-empat. diam tak diam akan masuk waktu seminggu dan diam tak diam kita akan sampai ke penghujung puasa.

untuk 3 hari pertama. tiada apa yang banyak sangat aku buat since masa itu adalah hari minggu. menghabiskan sisa-sisa waktu sambil menunggu waktu berbuka dengan tidur. pergi pasar ramadan. tengok televisyen dan sebagainya. boring giler.

aku mengaku.

i lost my life.

i lost my heart.

i lost my love.

aku berjaya kikiskan dia dari pemikiran aku. alhamdulillah. ini adalah satu petanda yang positif. aku tidak lagi dirundung suasana kelam. suasana tipu daya hawa fikiran nafsu nafsi. aku berpijak dibumi yang nyata. menerima hakikat dia tiada lagi untuk aku.

masih berbuka puasa bersama keluarga dirumah. belum ada mood yang khusus untuk berbuka puasa di luar. adakah sebab kerana tiadanya dia. atau; menu-menu yang diluar sana belum lagi memeranjatkan selera-selera harimau aku untuk ketika ini. maasa ini. waktu ini. buah tangan ibu tercinta adalah lebih mengcengkam jiwa dan menyelerakan.

pasar ramadhan.

aku rasa sama seperti tempat-tempat lain. menyediakan juadah berbuka yang sama. aku tidak pasti samada sedap atau tidak. tapi aku percaya seperti tahun-tahun yang lepas. rasa makanan di pasar ramadhan ini adalah gagal dan dibawah standard penilaian makanan aku. aku masih tidak faham kenapa kalau masak tidak sedap tapi masih hendak menjual. aku tahu ini semua adalah niat untuk mencari rezeki. tapi biarlah win-win situation dimana; rezeki yang kita dapat itu adalah barakah dan pelanggan pun berpuas hati dengan rasa makanan kita. ini tidak bila masak tak sedap, pelanggan akan mengutuk so; sama-sama ditolakkan pahala. ini cerita lain.

i just lost my self to the food devil.

masih belum ke sunat terawih.

damn. shit.

4 comments:

Selamber Rock berkata...

Dekatkan diri dengan Allah (pergi terawikh) InsyaAllah ruang kosong akan terisi..

flip flop berkata...

setuju dgan entri ni=)

walau harga barang runcit mahal, tapi janganlah jual makanan smpai takde rasa langsung

sya rasa tertipu oke=)

perempuandotdotdot berkata...

lama hilang :)
selamat berpuasa.

Izawati Che Rashid berkata...

selamat berpuasa. may we have a wonderful Ramadhan, insyaAllah :)