aku adalah hipokrit. hipokrit dengan mengatakan aku boleh melupakan dia dalam masa seminggu. seminggu. adalah tidak cukup. seminggu adalah tidak tertahan. seminggu. adalah seksa. seksa untuk aku merindui setiap saat aku bersama dengan dia.
esok.
kita akan mula berpuasa.
puasa. mengingatkan aku dengan dia. berbuka puasa bersama. bersahur bersama. tidak puasa pun pernah bersama. berbuka puasa di dalam restoran mahal. berbuka puasa di kedai mamak. dan; berbuka puasa di dalam kereta disebabkan kelewatan kerana kesesakan lalu-lintas.
puasa. mengingatkan aku tentang aku dan dia. berebut untuk berbuka di kedai makan atau restoran pilihan hati masing-masing. walaupun secara jujurnya, aku selalu kalah untuk dia. melihat dia menikmati makanan kegemaran dia sambil berbuka adalah satu saat yang aku idam-idamkan setiap kali masuk bulan puasa.
puasa. mengingatkan aku untuk memilih waktu yang sesuai untuk aku luangkan bersama dia kerana tertakluk dengan waktu-waktu dia untuk bersama teman lelaki dia. setiap tahun pun begini. dan; aku mulai suka dengan thrill-thrill sebegini.
puasa.
tahun ini.
tiada lagi, itu-itu semua. aku hanya menyusuri waktu-waktu berbuka aku seorang diri. bersama keluarga aku. bersama rakan-rakan opis. bersama kawan-kawan yang lain. walau diberikan 1000 peneman aku untuk berbuka bersama ataupun bersahur bersama. namun ia tidak dapat menandingi untuk aku berbuka hanya dengan dia. aku dan dia. berdua. kami berdua.
setiap kedai-kedai makan dan restoran. setiap menu-menu makan yang kami pernah makan atau pergi bersama ketika puasa dan bersahur tinggalkan bait-bait rasa sayang kami berdua. bait-bait memori kisah-kisah lalu disaat kami bergelak dan bergurau ketika menantikan azan Maghrib.
kosong.
tahun ini.
p/s : kepada mereka yang membaca blog aku ini : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN !
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
13 comments:
what is so interesting about her?eyes?brain?body?hair?.....
incik tanpa nama, lau da namenyer cinta, all bout her look so interesting.. bak kate org len, kentut pown wangi.. hek3... -jgn mara incik pelangi.. hek3-
tanpa nama : itu hanya aku yang tahu dan menilainya dengan tafsiran aku sendiri. setiap orang citarasa berbeza.
jimah : tak marah. tapi betul apa yang kamu katakan itu.
bro...
lu in love dgn awek orang ker??
naqib : baca semua entry aku. then u will know. CINTA ITU BUTA. :)
tq cik jimah :) sbb tu aku cuba tanya org len apa yg menarik sgt pasal dia..aku pun so in love with him sampai kekadang aku pun tak tau apa yg menarik sangat pasal dia yg aku sampai sekang tak mampu lupa.cinta itu buta eh.
tanpa nama : bila kita sudah jatuh cinta. kita sudah lupa diri. tapi cinta itu memang buta dah tidak kenali siapa pun.
woah!! sume org memperkatekan tentang cinta skang ini... huhuhuhu..
love makes us alive~
cinta itu buta??
that's crap man...
it's all lust.no offence but there is no love in lust....
seksa betol nak lupakan org yg pernah disayangi
love is not blind, we chose to be blinded by love=).
hopeless in Love
Catat Ulasan