aku percaya dengan hukum karma di dalam dunia ini. dimana buat baik akan dibalas dengan baik dan berbuat jahat akan dibalas dengan kejahatan. segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. samada hikmah itu baik ataupun buruk, itu perkara lain bukan Hak kita untuk menentukannya. kita hanyalah sebagai pelakon-pelakon yang memainkan watak di atas muka bumi ini sebelum kita disedut mati ke alam yang lain.
Tuhan sayangkan aku.
tekaan aku.
sebab itu dia memberikan perkara-perkara sebegini berlaku kepada aku; kisah aku dan dia. kemungkinan ada perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku antara kami berdua sekiranya perhubungan aku dan dia diteruskan juga.
kemungkinan : dia dan teman lelakinya akan berpisah ( pada mulanya, inilah harapan aku ).
kemungkinan : aku dan teman lelakinya akan bergaduh untuk dia ( sewaktu aku belajar disekolah menengah, bergaduh untuk seorang perempuan adalah perkara yang paling cheap untuk aku. mungkin masa itu aku tidak tahu apa itu ertinya sebenar JATUH CINTA; itu perkara lain ).
kemungkinan : beberapa perkara lain yang mungkin tidak baik yang akan melibatkan aku dan dia.
itu dari soal hitamnya.
putihnya.
kemungkinan : Tuhan sedang menguji aku. sedang menguji sejauh mana kekuatan aku. sejauh mana keutuhan hati aku. dan; sejauh mana diri aku.
kemungkinan : Tuhan menyuruh aku mengingati TUHAN dengan lebih kerap !
putus cinta. jatuh cinta adalah soal remeh.
buang jauh-jauh semua ini. aku cuba. aku akan lontarkan jauh-jauh. kalau boleh, sejauh yang tidak akan boleh aku capai dan aku lihat supaya rasa-rasa ini hilang macam itu saja.
ingat.
lelaki tidak seharusnya menangis. tapi sebagai manusia; kita diberi peluang untuk menangis. menangis itu adalah salah satu luahan stress. luahan perasaan yang berselindung disebalik muka-muka ceria senyuman memuncung.
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
3 comments:
jangan risau..lelaki menangis kerana cinta adalah perkara biasa..perempuan memang antara faktor terpenting yang selalu membuat lelaki menangis pada pendapat aku...lelaki mmg menangis dalam diam kerana perempuan bukan?
tanpa nama : lelaki memang menangis dalam diam..
menangis puas2 bro...
esok kau akan dapat yg lebih baik...
Allah xkan menzalimi hambanya...
Catat Ulasan