Rabu

Hari Keenam : I Sold My Soul

hisap rokok di tangga kecemasan di opis aku. hisap seorang diri. bila ada benda yang harus aku fikirkan. aku lebih selesa untuk menghisap rokok seorang diri. tanpa ada orang lain. berdua. bertiga dan seramai mana sekalipun. bila ramai, ini kan menyesatkan sendiri perkara-perkara yang aku fikirkan.

tanpa gangguan.

relaks.

telah aku cuba beberapa kali untuk tidak fikirkan dia untuk hari ini. cuba menghentikan beberapa perkara-perkara rutin yang selalu aku lakukan bila ada dia. sms. missed call. panggilan telefon. walaupun ada ketika jari-jari aku merasa gatal untul menaipkan sms ringkas kepada dia. aku hentikan. walaupun ruangan create new message telah dibuka.

tertanya di dalam hati.

terketuk.

adakah dia juga memikirkan tentang aku sepertimana aku memikirkan dirinya itu. adakah dia juga menghadapi rasa-rasa yang tidak tentuan seperti aku.

atau.

adakah aku saja yang berperasaan begini.

menarik asap-asap karbon. terasa begitu feeling sekali. masyuk bak kata sesetengah orang. aku biarkan asap-asap yang aku hisap itu keluar dan berlalu pergi bersama angin-angin yang menodai setiap ruang di tangga itu.

asap hilang dalam pandangan.

perasaan ini tidak boleh hilang seperti asap-asap itu. perasaan ini agak tebal dan kebal.

kikis.

aku cuba. biar masa menentukan walaupun setiap zarah-zarah didalam ini meronta-ronta bagaikan puting beliung.

ini adalah keputusan.

kehidupan harus diteruskan.

5 comments:

naqibmiller berkata...

yup...
live must go one..
chill bro...

pelangi and promise berkata...

naqib : tengah nak chill nih. hehehe

Kejora Yg Malap berkata...

sangat perit utk hadapinya, kan?

pelangi and promise berkata...

kejora : memang pun tapi aku tengah cuba untuk pulih..

Tanpa Nama berkata...

hehe..