setiap makhluk yang dijadikan atas muka bumi telah dijadikan ia berpasangan. tidak kira samada dia manusia, haiwan, tumbuhan atau sebagainya. pastinya ada pasangan untuk dia. tetapi kalau kita tidak berusaha untuk mencari pasangan kita nescaya pasangan kita itu agak payah untuk timbulkan dirinya didepan kita. ini bukanlah seperti kisah-kisah dogengan pari-pari kota London yang mana seorang anak raja yang kacak , kuat dan bergaya akan muncul secara tiba-tiba bila si perempuan miskin dan ayu cantik rupawan menghadapi kesusahan.
ini adalah logik dan fakta.
seperti aku. jodoh takkan kemana. aku tahu ayat-ayat itu. cuma samada aku berbaur separa 50/50; adakah itu ayat penyedap hati atau sekadar ayat untuk menyakinkan aku bahawa pasti ada sinaran kegemilangan dihujung jalan.
ayat akan menjadi satu ayat. dan;
kita yang hidup ini akan teruskan kehidupan.
kadang-kala dengan apa yang aku lalui ini aku mulai terfikir adakah dia yang aku puja dan tunggu-tunggu itu soulmate aku? adakah dia pasangan aku yang seperti dijanjikan oleh ayat-ayat cinta sejak dari turun temurun itu?. dengan berbekalkan kepercayaan dan kekeuatan hati. aku cuma tahu hanya dia. untuk aku. dan; aku untuk dia.
'soulmate' adalah satu subjektif.
apakah ciri-ciri soulmate itu sendiri.
adakah dengan merasai keserasian hati antara aku dan dia. aku sudah boleh katakan dia adalah 'soulmate' aku. aku tiada jawapan untuk ini. aku biarkan persoalan itu beredar tanpa jawapan yang pasti kerana aku sendiri pun tidak pasti apakah itu 'soulmate' dan siapakah pula 'soulmate'.
"biarkan dia pergi.." kata-kata salah seorang kawan aku.
bagaimana aku boleh biarkan dia pergi sekiranya sebelah hati aku telah dibawa lari olehnya. sekarang aku hidup bersandarkan sebelah hati lagi dan mengharapkan dia pulang untuk membawa sebelah hati lagi pada 2011.
cuma apa yang aku takut. dalam tempoh itu, aku akan biarkan orang lain mengambil sebelah hati aku dan terus membiarkan aku merana sakit jantung kerana ketiadaan hati untuk aku lagi.
hati aku.
keadaan ini membuatkan aku rasa tergantung perasaan.
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
9 comments:
kata2 ex aku....
"klu ada jodoh kita akan bersatu kembali..."..
aku xpernah percaye ayat tu..
bro.lu pegi amik balik hati lu dan bg kt org lain.that's better..
she doesn't deserve u...
waaa!!! rase cam nak nanges pown ade.. ade gak laki cam bro neyh.. setia ssgt.. huhuhu.. T_T
naqib : itulah dia..hehe
jimah : huish..dalam setiap lelaki pun masih ada sifat sensitifnya.
entri ni buatkan aku lagi rasa sunyi~
huuu~
[angin bertiup~]
soulmate dan cinta sejati is two different things. tak semestinya soulmate would be your love of ur life. even your best friend pun boley jadi ur soulmate kan. dont rely on such word.
rely on ur heart.
if u feel she's the one,
try ur best to work it out
pray to God for her. aske ways to make it easier.
i know it is so easy to say, tapi benda macam ni kena berusahan habis-habisan, then let God take the rest.
sebelah hati kamu itu masih mampu berdenyut kan?
mugiwara : sunyi dan sepi itu lebih indah dari sesak-sesak bingit dunia....:)
in chan : masih mampu lagi..:)
be strong!!hehe
move on buddy move on!
jadi bullet train jangan KTM..
tak yah fikir sangat..sendiri sakit sendiri pening sapa tau?
tarak sapa tau..sendiri juga ada..
haha..now am moving on..malas mau pikir pasal ini lelaki cilaka bikin wa panas..
perempuan : alhamdulillah kalau kamu sudah moving..
Catat Ulasan