sabtu dan ahad. 2 hari aku cuba menyisihkan dia dari ingatan aku secara perlahan-lahan. perkara-perkara sebegini tidak boleh dilakukan secara drastik, nanti aku akan jadi bengong dan ketidaktentuan. umpama ibu kucing yang kehilangan anaknya.
sabtu. aku dan beberapa rakan aku. kami pergi ke Melaka untuk menghiburkan kepala yang sudah serabut serabai ini. alhamdulillah, ingatan aku kurang untuk dia pada hari tersebut. mungkin juga disebabkan penangan makan di Alai telah membuatkan aku hilangkan kesan-kesan dia dalam kepala ini dan kepala aku hanya diisikan dengan nafsu-nafsu untuk meratah dan melanyak ikan-ikan bakar dan masakan seafood yang terbentang di depan mata.
sememangnya, makanan-makanan yang lazat boleh membuatkan kita lupakan tentang kekasih hati. betul jugak dengan pepatah lama; bila makan makanan yang sedap mak mertua lalu dibelakang pun tak sedar.
ahad. nothing much yang boleh aku buat. selain dalam perjalanan pulang ke KL. aku mulai terfikir. percutian-percutian sebegini memang seharusnya aku buat selalu untuk riliskan apa yang terpendam dalam jasad ini. perjalanan pulang. aku hanya jadi pembonceng kenderaan. aku tidak mahu bawa kereta kerana aku mahu menikmati perjalanan itu sambil dibuat mimpi-mimpi indah serta lamunan yang membuatkan aku terbang ke awan dan melompat-lompat seperti care bear. indah dan lumayan.
malam ahad. terbaring atas katil.
baru aku sedar.
jiwa aku kosong.
sunyi.
sepi.
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
6 comments:
jiwa kosong tu mmg terasa apabila takde org yang boleh kita kongsi perasaan dan fikiran..kan?hehe
kadang kadang macam tak tahu hala tuju.
be strong dude
-kamiya
tanpa nama : terima kasih kamiya. betul tuh. bila kita lari dari kebiasaan. kita akan kosong.
rutin harian dah lain..memang xleh nak kontrol dlm masa terdekat..bile duduk sorang2 lagi la terasa..isk!
jangan lah sedih2. u can do it !
kuatkan ati bro...
aku pernah rasa bnde nih...
kejora : memang. kena adjust sikit pemikiran nih.
perempuan : yeah baby !!
naqib : payah kan?
Catat Ulasan