Selasa

3 hari ibarat aku bernafas dalam keriuhan orang lain

3 hari aku menyepi diri. tanpa mengubungi dia dengan sms, telefon atau sebarang pertalian yang lain. aku cuba mencari maksud hati aku sendiri.

aku memang sudah gila. aku memang sudah buta. butakah aku kerana cinta? atau butakah aku kerana nafsu semata-mata? tapi paling tepat aku rasa bukan disebabkan nafsu tapi kerana cinta. kalau disebabkan nafsu sudah tentu aku mencari dia yang lain. tapi kenapa aku masih menyimpan rasa untuk dia. sememangnya aku sudah gila.

memang betul bila ada orang mengatakan aku sudah gila kerana tiada orang lain. aku admit tentang itu. rasa untuk orang lain aku rasa sungguh tiada. umpama aku menelan seribu gula-gula sekalipun tapi hanya sedikit manis sahaja yang aku rasa. empty untuk orang lain. tapi penuh rasa untuk dia.

dalam 3 hari aku mencari siapa dihati aku. jemari aku gatal-gatal untul sms ataupun dail nombor telefon dia. aku kuatkan semangat. aku mahu tengok sejauh manakah rasa-rasa boleh pergi.

semalam aku menerima satu sms dari dia. bertanyakan tentang khabaran hari minggu aku. dan apa yang aku buat. aku relakan hati ini untuk berdiam diri. berdiam diri tapi dalam hati tergetus rasa-rasa bait-bait ingin membalas sms itu dengan rasa sungguh bahagia.

acapkali kali aku melihat sms itu.

aku sudah kemaruk.

adakah aku bersalah kerana menyintai dia? adakah aku yang berdosa kerana ingin menruntuhkan kebahagiaan orang lain?

sekiranya aku bertanya kepada kewarasan hati. tentu saja ada jawapan-jawapan sinikal dan sadis yang akan aku temui.

bagaimana pula dengan rasa; kenapa perlu aku fikirkan tentang kebahagiaan orang lain sedangkan hati aku bersandiwara jiwa-jiwa luka.

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

wah..kau amat menyintai dia.tapi kau jangan risau beb..kalau kau tak dapat dia sekalipun suatu hari nanti..,kau pasti dapat lupakan dia juga akhirnya..yg penting adalah hati kau..:)

tapi apapun, semoga kau dapat bahagia bersama sidia.

kamiya

pelangi and promise berkata...

kamiya : terima kasih untuk kata2 itu..

Cik Luna berkata...

melihat 'kebahagiaan org yg dicintai' lebih enak dinikmati dari
menikmati rasa cinta kamu kpd si dia
hehehe..(saya serius)

pelangi and promise berkata...

cik luna : aku pun kadang2 berfikir begitu..tapi adakah itu yang seadilnya? i mean..kebahagian dia pun aku rasa belum pasti..

Cik Luna berkata...

bagaimana kamu tahu apa yg membahagiakan dirinya?

pelangi and promise berkata...

cik luna : dari matanya. mungkin dia lebih mendambakan aku.tetapi mungkin dia tidak tahu akan perasaan aku kepadanya.

Cik Luna berkata...

fikir dengan kewarasan akal
buang jauh kenangan bersama
dengan itu kamu bisa
memilih apa yg terbaek utk kamu

miemie berkata...

"Insan adalah boneka dalam pertarungan antara perasaan dan pertimbangan, Kalau perasaan diibaratkan sebagai satu permainan, satu percaturan, manusia merupakan boneka dalam percaturan itu"

salam perkenalan.
thanx join rumah kite.

pelangi and promise berkata...

cik luna : insyallah.. :)

miemie : bukankah manusia sememangnya boneka dalam kehidupan ??

miemie berkata...

yup..manusia sering menjadi boneka dalam kehidupan seharian.