Rabu

aku biarkan...

mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku; buat masa ini. agak berat untuk dilihat tapi inlilah yang sebaik mungkin. demi aku dan dia. lebih spesifiknya untuk dia.

setelah ditimbang balik. setelah dimasak-masak. habis sudah digaulkan. aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari dirinya buat seketika. bukannya aku mengaku kalah dalam perjuangan ini tapi aku mencari apa itu sebenarnya CINTA dalam hati aku. aku tidak mahu bersorak gembira di atas kegagalan orang lain. diatas kekecewaan orang lain. walaupun aku percaya aku boleh itu.

satu sms ringkas dihantar kepada dia semalam. "im leaving.."

aku biarkan ayat itu tergantung macam itu. sebenarnya aku tidak ada alasan yang kuat untuk aku jauhkan diri aku darinya. cukup dengan dua patah perkataan itu.

aku ingin mencari apa itu sejati. apa itu ketulusan hati.

perancangan aku, aku mahu cuba untuk berpuasa dari menemui dia dia atau berhubung dengan dia sehingga hujung tahun ini. selepas itu, aku tidak tahu. aku mahu lihat ke mana arah perhubungan ini. maksud aku disini. perasaan dihati aku ini. adakah selepas tempoh itu hati aku masih menyintai dan menyayangi dia serta merindui dia seperti sebelum-sebelumnya. atau mungkin sudah berkurang sedikit dan hanaya tinggal kenagan-kenangan silam untuk aku dan dia. aku belum tahu.

benar kata orang, sekiranya kamu menyintai dia. lepaskan dia bersama dengan cinta-cinta dia yang bisa buatkan dia gembira untuk selamanya. sekiranya nanti saat dia pulang kepada kamu. dan itulah jodoh kamu.

jangan rosakkan perhubungan orang lain yang sedia. dan bagaimana pula kalau orang lain mahu merosakkan perhubungan kamu nanti.

setelah difikirkan. ada benar juga kata-kata itu. dunia ini pembalasana boleh didapati dalam sekelip mata. sekejap kita merasa bahagia dan sekejap lagi kita merasa kesedihannya pula. hidup ini macam bola.

bangun pagi tadi.

13 missed call dari dia.

aku tahu dia mencari aku untuk jawapan yang aku sendiri tak pasti. aku pun tidak pasti adakah keputusan ini betul ataupun salah.

20 comments:

perempuandotdotdot berkata...

kita mengambil keputusan yang sama :)

sakit.

tapi terpaksa.

time is the best remedy.

soon.

happiness akan datang

pelangi and promise berkata...

perempuandotdotdot : insyaallah.

.abcde. berkata...

ini tindakan kau yang paling tepat so far.

memang, hidup kita tak menentu. tapi, benda paling senang untuk fikir; cuba letak diri kita dalam situasi orang lain. dan fikir, macam mana kalau orang buat kita macam tu. lagi sakit kutt.

maaf kalau saya silap. :)

pelangi and promise berkata...

abcde : yup, aku faham dgn kata2 kamu itu. memang betul. itulah yang aku fikirkan. sebab sekiranya aku mendapatkan dia dengan cara yang paling kotor. nescaya, aku akan kehilanagn dia dengan cara yang kotor juga.

Tanpa Nama berkata...

uhh aku pun pernah merasa begitu juga..

yg paling aku geramkan apabila dia masih melayan aku sedangkan dia mempunyai org lain..seperti memberi harapan pada aku..membuatkan aku tidak jemu berusaha mengambil hatinya semula..

tapi in the end aku lepaskan semua kerana aku tidak mahu hati aku terluka semula..

semoga kau tabah!

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : i feel you !!!

Tanpa Nama berkata...

berat kan..tapi takpe..kau akan berjaya hadapi semuanya juga..tapi aku sampai sekarang pun masih mengintip ngintip tentang dia (tanpa pengetahuan dia.aduh parah)..haaha.

donia...donia...

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : dalam kes ko nih, heheh..silap2 aku pun macam ko jugak nanti..masih mengintip-intip si dia. heheh

Tanpa Nama berkata...

haha tunggu dan lihat camne.heheeh

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : ada perancangan nak memikat dia kembali ker??

Tanpa Nama berkata...

takdelah..aku macam kau jugak..aku lepaskan dia dan kalau satu hari nanti ditakdirkan dia bersama aku semula..mungkin dia jodoh yg terbaik utk aku..tapi kalau dah takde menda lagi pasni..terima je la..haha

aku masih cuba nak lupakan semuanya.bukan mudah beb.tak mudah..hati mau kuat la.tu je.

kamiya

pelangi and promise berkata...

kamiya : betul2..hati kena kuat bro..

Tanpa Nama berkata...

tapi aku pompuan..hehehe

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : alamak kesilapan..tuh la lain kali bagilah nama penuh dan terang..heheheh..its mean that u masih intip lelaki itu lagi? tapi sampai bila?

Tanpa Nama berkata...

hehe.a ah.stalker kat fb die dan apa sahajalah yg ada dia..macam pathetic gak awalnya..tp aku dah takde mengganggu kehidupan dia directly lagi dah..aku maintain je skang nih..aku dah cuba motivate diri aku yang kalau jodoh tak kemana..its about time..

tp aku paling geram sbb sampai sekarang dia macam masih melayan aku lebih dari dia layan kawan kawan dia yg lain.kenapa dia nak buat aku perasan lagi.tu yg hangin je tu hehehe.tp tu la..kena kuat.tolak ke tepi.

memang benar yg time will heal..

muga berjaya utk aku dan kau!hehehe

oh ye,utk menjawab soalan kau; mungkin sampai dia kawen dan aku rasa takde harapan langsung lagi dah?haha.apapun, aku masih berdoa sebenarnya.kalau dia yg terbaik utk dunia dan akhirat ku, satukanla kami.hahaha

tu je

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : wahai cik kamiya...oic..macam tuh ka..tapi macam mana kalau dia sememangnya ada perasaan dengan kamu? mungkin dia malu untuk luahkan perasaan itu untuk kamu atau dia takut untuk luahkan perasaan itu.

adakah mungkin dia terasa senang bila bersama dengan kamu..yang pada satu peringkat dia merasa lebih enjoy untuk bersama kamu selain dr gf dia?

Tanpa Nama berkata...

aku sekarang ni dah taknak bazirkan perasaan aku utk dia lagi sebenarnya..aku nak simpan utk org lain yg pandai menghargai.

biar pun aku mengharap dia, tapi aku tak nak buat apa-apa lagi dah.

enough is enough.sume org pun ada masalah cinta dan aku taknak ikot perasaan sgt hehe.

kau pulak macamana?

kita kena kuat beb.kuat.hehe.(tp aku sumpah aku mmg jenis yg setia kot.bape org mau aku, aku reject.hehe macam laku sgt je kan.hik hik).

God knows best.

pelangi and promise berkata...

tanpa nama :cik kamiya..oh begitukah..tapi mungkin betul juga simpankan perasaan cinta itu kepada meraka yang betul2 milik kita.

aku pulak. untuk first day..boleh la..cuma ada jugak perasaan yang gatal2 nak call dia. nak tanya khabar dia.

biasalah. dalam keadaan aku cuba sekatkan perasaan aku ini. sedikit menggong pun ada.

tapi stiil boleh kontrol..

:)

Cik Luna berkata...

bagus lagi

pelangi and promise berkata...

cik luna : hehehe