hari ini aku mahu mulakan hidup tanpa dia.
tanpa mengingati dia dengan seriusnya. tanpa memikirkan hal-hal tentang dia dengan banyaknya. aku mahu meneruskan kehidupan aku terus menerus tanpa dia. tipulah kalau aku kata aku tidak ingati dia langsung. aku ingat. aku terfikir akan dia. tapi aku harus kuatkan semangat aku. aku harus lebih fokus dalam hal-hal sebegini. aku tidak mahu hilang pertimbangan dan arah.
segala sms-sms yang pernah dihantar oleh dia yang mengingatkan aku betapa manjanya telah aku padam dengan penuh rasa 50/50. rasa-rasa yang membuatkan aku terfikir sejenak sebelum menekan butang delete all messages. membuangkan segala rasa-rasa gembira yang tersemat bersama setiap patah-patah ayat didalam sms itu. ucapan-ucapan aku rindu. aku sayang. semua aku buangkan jauh-jauh.
setiap sms yang dideletekan mengingatkan dengan masa-masa aku menerima sms tersebut dan disebabkan apa sms itu dihantar kepada aku. sekiranya boleh, mahu saja aku simpan lagi sms-sms itu, tapi apakan daya benda-benda ini bisa membunuh aku. bisa membunuh dia. bisa juga membunuh teman lelaki dia. membunuh satu perhubungan manusia yang agung.
aku terasa bagai hati aku telah disedut vakuum yang membawa aku terhenti bernafas lima detik.
satu.
dua.
tiga.
empat.
lima.
membuang sms dia memang mudah.
tetapi membuangkan ingatan aku terhadap dia.
seperti bernafas di dalam lumpur.
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
8 comments:
bagus
tahniah utk kejadian itu
kita mengalami benda yang sama.
sedang recover.
sama seperti kamu
i know how that feels...
harus delete dan buang apa2 yg berkaitan dgn si dia.
tp memori tu adalah manis sebenarnya. simpan buat kenangan.
mungkin dia bukan jodoh kamu. kuatkan semangat okey ;}
dude, tu suma pengalaman hidup.
semua orang mengalaminya. ( ada jugak spesis xmengalami benda2 camtu )
apa pom, anda dah belajar satu benda..untuk menjadi semakin tabah.
tapi saya tak kuat mcm kamu :(
dude, suma org ada tahap kekebalan masing2..yin and yan..
yg penting kita cuba buat.
cik luna : alhamdulillah untuk seketika ini.
perempuan : oic..samalah..dan sedang mecuba.
hope : terima kasih kerana memahami. rasa macam payah jugak kan..
i.am.belle : memang pun agak payah. tengah terfikir samada nak simpan atau buang semuanya.
miemie : yin dan yan ?..wah..pembelajaran baru nih. terima kasih.
Catat Ulasan