semalam. dibilik tidur.
aku duduk bersila diatas lantai sambil mengemas bilik aku yang sudah lama berselerak dan boleh disinonimkan sebagai tempat kucing nak beranak. actually niat aku bukannya nak mengemas bilik sangat cuma aku hanya melayan rasa hati ini untuk mengutip dan mengumpul kembali segala memori yang aku ada bersama dia.
segala kad-kad ucapan harijadi. hadiah itu dan hadiah ini. semua aku kumpulkan setempat. hati aku berdetik setiap kali aku melihat kad-kad ucapan harijadi dan diberikan kepada aku setiap tahun dari dia. ada kad yang besar dan ada jugak yang kecil. dan itu tidak termasuk kad yang dibuat sendiri oleh dia. pernah sekali aku bertanya kepada dia; kenapa harus dibuat kad itu sendiri?
dia menjawab; kad-kad yang dibuat sendiri dari hati yang ikhlas dan penuh rasa sayang adalah lebih molek dari kad-kad yang cantik yang boleh dibeli di kedai. nuff said on that. aku memang tiada jawapan balas untuk statement dia itu.
tipulah kalau aku berkata aku tidak excited bila menerima kad harijadi dari dia. sememangnya pada setiap tahun ucapan dan kad harijadi dari dia yang paling aku tunggu-tunggu. kalau ucapan dari ibu bapa aku, itu cerita lain. tapi kalau dalam konteks perhubungan aku dengan orang yang luar dari hubungan keluarga dengan aku. dia-lah yang paling aku tunggu-tunggu. dan pada setiap tahun juga since dari awal perkenalan kami, dia tidak lupa untuk ucapkan selamat harijadi kepada aku. tidak kira cepat atau lambat tapi pasti dia akan ucapkan dahulu. normally, tepat pada jam 12 tengah malam nak masuk harijadi aku pasti dia akan menelefon aku dan menyanyikan lagu harijadi. thats the best part.
aku simpan semua kad pemberian dari dia. setiap tahun tanpa miss satu pun.
itu belum masuk lagi pemberian hadiah atau belanja makan-makan sana sini. itu later.
aku lemas seperti berada dilautan yang penuh gelombang. itu adalah rasa-rasa yang bermain semalam bila semua kad-kad dari dia itu aku kumpulkan sekali dalam kotak. aku kumpulkan mengikut tahun-tahun pemberian dia. supaya senang untuk mengira bilangan dan menyelami setiap kad-kad yang diberikan dari tahun ke tahun. berat dan cukup berat rasanya.
banyak lagi barang-barang dia di dalam bilik aku ini. tapi aku perlukan masa untuk aku kemaskan satu persatu seperti aku cuba melupakan dia satu demi satu juga. aku tahu ini tidak mudah untuk aku kerana setiap pelusuk bilik ini aku terasa telah dipenuhi oleh dia.
aku tutup kotak yang berisi kad-kad dari dia. aku sealkan kotak itu dan aku menulis atas kertas dan ditampalkan diatas kotak yang berbunyi ;
"kad-kad harijadi dari........"
bagaimana pula dengan tahun ini ? masihkah ada dia lagi untuk ucapkan kepada aku Selamat Hari Jadi. tarikh harijadi aku pun tidak lama lagi akan menyusul. aku bersandar atas kerusi malas.
masih adakah dia untuk tahun ini?
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
3 comments:
Bila birthday tu?
merdika : selepas raya puasa..tapi sebelum hujung tahun..:)
jangan sedih sedih ya
if she is the one for you, macamana hebat pun die n her current bf, she will be destined for u.
i know it is hard. tapi, jadi kuat!
:D
Catat Ulasan