Khamis

Hari Kedua : Panggilan Pagi

seusai aku memasuki opis aku. dia menelefon aku. aku tidak jawab. bukan aku tidak mahu jawab. kalau ikutkan hati, aku mahu jawab dan mengatakan yang kamu membuatkan aku sengsara like hell.

aku biarkan telefon aku berdering-dering. aku biarkan dalam satu.dua.tiga.empat kali panggilan. tidak berbunyi lagi. aku tahu dirinya tidak tenteram since aku menghantar sms aku itu. bukan saja dia tidak tenteram aku pun tidak tenteram juga. bagaimana aku mahu menolak rasa-rasa rindu dalam diri ini untuk dia. mungkinkah aku yang terlebih rindu? mungkinkah aku yang terlebih cinta?

bunyi sms masuk.

"where have you been..im worried?"

aku lihat sms itu dalam keadaan fikiran aku berkecamuk. adakah aku bersalah membuatkan dia kerisauan? adakah aku bersalah membiarkan dia dalam keadaan yang huru hara?

atau adakah aku harus bersemuka dengan dia dan menyatakan apa yang tersirat dan tersurat dalam diri kami berdua. buat masa ini, aku tidak mampu untuk itu. kerana aku tahu aku pastinya tewas terutamanya bila aku melihat mutiara-mutiara putih yang bakal jatuh satu-satu dari matanya yang indah itu.

aku bukanlah lelaki yang kuat dari segi permainan jiwa ini.

aku biarkan sms itu buat sementara. kekalkan ianya disitu di dalam inbox handphone aku. seketika atau berhari-hari. aku tidak pasti.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

dude...kalau ko dan dia saling perlu..kenapa berpisah?

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : dia itu teman wanita orang lain. :)