Jumaat

Hari Ketiga : Pop, Janji Dan Finn

semalam adalah merupakan salah satu malam jumaat yang panjang untuk aku. bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik, mereka sesungguhnya pergi ke surau atau masjid yang berdekatan untuk menunaikan fardu maghrib dan isyak serta mendengar syarahan agama. bagi mereka yang sudah berkahwin ataupun yang baru berkahwin, malam jumaat adalah masa yang sesuai untuk tidur cepat bagi mengambil yang 'sunat' itu. amin.

bagi aku. aku didatangi oleh dia ke rumah aku. bersungguh-sungguh nampaknya dia mencari aku untuk menantikan sebuah jawaban dari aku. agak terkejut dengan tindakan dia untuk sanggup datang ke rumah aku. memang bersungguh.

ibuku membuatkan air teh untuk kami. dah kami minum di ruang tetamu yang berada di luar rumah. mengambil angin malam memang best dan marveles sekali terutamanya bila hari tidak hujan. hanya angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendatangi kami. kami berada dalam satu keadaan yang amat diam. aku masih malu untuk mulakan bicara. dia pula begitu ghairah untuk mendambakan jawaban aku.

"apa maksud sms itu?" dia memulakan bicara kami.

aku memberikan jawaban tentang soalan itu dengan satu-satu mukadimah yang agak huru hara bagi aku. sebenarnya aku tidak tahu mana hala untuk memulakan jawaban itu.

we had a looooooooooooooooooong talk. { aku malas untuk memberikan detail-detail bicara kami kerana ada saja soalan dan jawaban serta penjelasan hati ke hati disamping linangan airmata dan suara-suara amarah dan kegeraman}

yang penting. kami berbual panjang. luahan satu sama satu. muka antara muka. ada juga kepuasan di hati.

setidaknya aku telah meluahkan apa yang terbuku dihati. aku berasa puas walaupun dalam keadaan yang bukan romantik seperti yang aku sering harapkan bila aku ingin meluahkan rasa hati ini kepada dia.

dia.

diam seribu bahasa sambil air-air putih yang mulai keluar dari kedua anak matanya.

sebagai lelaki. air-air putih itu adalah senjata yang paling melemahkan buat aku. aku tahan hati ini dari terus-terusan berbisik.

dia faham setiap kata-kata yang aku luahkan untuk dia. jelas dan straight to the point.

kami redha dengan keadaan kami ini. setidaknya sebelum aku pergi. biarkan dia tahu apa rasa hati ini. mungkin juga ini adalah perbualan terakhir kami dan kebarangkalian juga pertemuan terakhir kami. buat masa ini.

kami membuat satu janji. orang-orang hati yang sedang lara memang suka membuat janji. adakah janji ini pasti atau kabur di tengah jalan. setidak-tidak ada harapan untuk dipenghujung jalan. seumpama memberikan setengah hati untuk orang lain.

satu janji.

untuk kami.

ini adalah pertemuan terakhir kami. kami berjanji tidak akan sesekali bertukar nombor telefon kami. ini juga perbualan terakhir kami. tiada lagi sembang-sembang malam atau sms ringkas rindu, sayang, kasih dan pesona. ini adalah yang terakhir.

kami memberikan masa untuk dua tahun. dalam masa dua tahun lagi. kami akan berhubung balik dan kemungkinan akan mula berjumpa. sekiranya hati kami masih berbunyi 'pop' antara satu sama lain. sekiranya salah satu antara kami masih single dan belum bertunang atau berkahwin. mungkin itulah jodoh kami. dan satu yang baru akan muncul antara kami berdua. sekiranya perkara-perkara ini tidak terhasil. maka ini adalah penghabisan untuk kami.

kami janji.

biarkan nombor telefon aku dan dia tersemat disanubari masing-masing.

tunggu aku untuk penghujung 2011.

7 comments:

i n - c h a n berkata...

oh tuhan.

tergamam saya membacanya.

kasihan kamu berdua.

i just hope the best for both of u. mungkin itu jalan terbaik for now. masa depan kita tak tahu kan.

:) 2 years, finger crossed.

pelangi and promise berkata...

in-chan : itulah dia satu kehidupan yang berputar-putar. 2 years dan kita lihat nanti bagaimana.

i dont know, really.

:)

Doly John berkata...

JANGAN BERHENTI MENULIS....

AKU MAHU TAHU KESUDAHAN KALIAN BERDUA..

SEMOGA BERJAYA UNTUK 2 TAHUN MENDATANG..

pelangi and promise berkata...

doly john : aku tak berhenti menulis..:)..terima kasih kerana sudi baca..

Luca DK berkata...

bawak mari no.hp minah tu.
gua nak berkenalan.
bleh kan?

Tanpa Nama berkata...

lor...nape tak bcerkasih je antara kamu..

dah dua2 pun nak dan saling mengasihi..haih

Dian berkata...

be strong , man :)