perbualan yang biasa-biasa boleh bertukar sesuatu yang extravaganza bila kena dengan cara dan maksudnya.
aku dan dia makan malam bersama. we had a simple dinner. simple dinner disini, no expensive dinner cukup dengan makanan yang biasa-biasa saja. mamak stall. itu yang lebih tepat. tiada etika berpakaian yang tertib seperti fine dining. tiada protokol yang perlu diikuti. mamak stall lebih membuatkan kami lebih relaks. lebih selesa. environment pun lebih satu malaysia.
bila aku bersama dia, aku lebih selesa untuk menjadi diri sendiri. dalam hal-hal pemakanan biasanya. aku akan makan banyak bila aku terasa lapar dan aku tidak akan segan silu untuk order itu dan ini. dia pun begitu juga, dia tidak perlu malu bila keluar makan dengan aku. dia boleh makan dengan gelojoh sekali. no more kontrol-kontrol ala Cinderella atau Snow White. kami tidak kisah sekiranya ada kari yang tercalit ditepi bibir kami. thats something about us. mungkin keadaan ini yang membuatkan kami selesa bila makan bersama.
dan yang lebih penting bila aku dan dia. aku mempunyai pantang. pantang yang dimaksudkan disini. aku tidak suka duduk bersebelahan dengan dia bila makan bersama. tidak seperti couple-couple lain yang sedang hangat bercinta, yang suka duduk bersebelahan bila makan bersama. aku lebih prefer untuk duduk bertentang dengan dia. muka bertemu muka. mata bertemu mata. aku lebih selesa untuk bersembang dalam keadaan begini. ini kerana aku boleh terus melihat ke dalam anak matanya yang comel itu. dari mata terus ke hati. aku boleh lihat terus ekspresi mukanya bila bercakap. samada dia gembira ataupun sedih. aku lebih suka begini. mungkin juga dengan keadaan sebegini yang sering membuatkan hati aku jatuh berguling-guling dari meja makan ke tanah setiap kali aku tenung matanya.
lagi pun, aku bukan teman lelaki dia lagi. itu coming soon. tapi kalau aku menjadi teman lelaki dia nanti. aku pasti aku buat keadaan kedudukan kami bila makan macam ini. still macam ini. aku tidak mahu berubah.
berhenti unutk bercerita tentang ini.
we talk a lot. seperti yang aku katakan dulu. bila aku bersama dia. aku lebih prefer untuk menjadi pendengar daripada aku yang banyak bercerita. secara nisbahnya. 1 : 2. aku bercakap satu perkara dan dia bercakap 2 perkara. itu adalah adil. i mean adil untuk aku dalam memenangi hati dia.
dari komplen tentang kerja-kerja di tempat kerja terus-terusan menjerumus ke arah problem yang dia hadapi. salah satunya, problem with teman lelaki dia. okay, ini adalah masa yang terbaik untuk aku bagi mendengar semua permasalahan mereka. biarkan dia luahan segalanya. aku pula, kutip setiap kisah itu untuk dijadikan modal atau senjata bagi aku untuk merampas dia dari teman lelaki dia. again, dia bercerita dan aku mendengar.
layan dan berikan pendapat yang mampu tentang masalah yang dia hadapi. perempuan, mereka selesa untuk kita mendengar tentang masalah mereka dan mereka juga suka sekiranya kita memberikan pendapat yang munasabah untuk mereka. walaupun, pendapat kita tidak akan menyelesaikan masalah mereka. tapi dengan pendapat kita itu, mereka tahu kita ambil kisah tentang mereka. kita prihatin dengan mereka. dan, kita mendengar akan mereka.
pendapat untuk masalah dengan teman lelaki. mostly pendapat aku adalah lebih ke arah untuk memusnahkan lelaki itu. aku hanya memberikan beberapa pendapat yang secara general dan kadang kala sinikal. untuk memberikan dia berfikir. adakah lelaki itu sesuai dengan dia dan sambil membandingkan aku sekiranya aku menjadi teman lelaki dia. pendapat yang diluahkan haruslah bernas dan thought provoking. supaya dia berfikir. berfikir disini bukan maksud untuk serabutkan lagi keadaan tapi untuk memberikan solution serta option yang lain untuk dia. dia akan berfikir juga nanti. mungkin bukan malam ini. mungkin esok. minggu depan atau bila-bila. tetapi untuk dia berfikir.
ada point-point yang dia agreed with me. itu bagus untuk permulaan. yang penting sekarang aku biarkan dia selesa untuk menceritakan everything untuk aku. sebab a shoulder to cry on. atau sesuatu yang absolute untuk aku dan dia di kala ini.
kami lepak di mamak stall until midnight. we had a very good dinner and conversation. walaupun di tempat yang agak simple. tapi maksudnya kena. especially untuk aku. dan untuk dia, maybe. atleast dia dah luahkan segala yang terbuku dihati dan boleh tidur dalam keadaan lena.
adakah aku kejam ??
pada aku peluang yang datang bukan banyak kali. especially bila dia menceritakan tentang problem with teman lelaki dia. bila peluang datang.
we nailed it !!
MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan