Rabu

permainan atau tidak basuh kaki.

malam-malam yang menyesatkan membuatkan aku terfikir sejenak tentang apa itu maksudnya yang sebenar.

dijadikan cerita aku bermimpikan bekas kekasih hati yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dua datang kepada aku dan mengaku yang dia masih menyintai dan memikirkan aku sejajar dengan menyesali tindakannya meninggalkan ku dan berkahwin dengan suaminya.

aku dan bekas kekasih hati yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dua itu adalah satu kesilapan. error. mistake. maksud aku mistake disini adalah aku membiarkan hati aku bergelumang dalam bermandikan cinta-cinta dia. aku menjadi separa mati didalam cinta dan kasih sayang dia.

aku mengambil masa untuk pulih. setelah ditinggalkan dengan alasan yang bagaikan babi. aku mengaku cinta dia menyebabkan aku menangis. aku mengambil masa untuk recover dari luka-luka dalam hati. biarpun di masa itu aku tersenyum riang tapi luka di dalan hati siapa yang tahu.

kenapa dia muncul ??

ini adalah satu persoalan yang bermain dalam kepala aku. aku malas nak fikirkan pasal benda ni tetapi telah lama aku buangkan dia dari hati dan kehidupan aku. aku harapkan dia berbahagia bersama keluarganya.

tetapi...

bermimpikan dia adalah satu kesilapan.

12 comments:

Tanpa Nama berkata...

kenapa kau tinggalkan dia?
apa alasan bagaikan babi kau tu?

dude, first love will never be forgotten.

kau masih mengharap?

Selamber Rock berkata...

jiwa kaco neh...adesss...

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : sebenarnya bukan aku tinggalkan dia tetapi dia tinggalkan aku dengan mengatakan dia belum bersedia untuk aku dalam hidupnya dan bahawa kestabilan kewangan aku belum cukup kukuh untuk dia (ketika itu).

aku tidak mengharap cuma seperti yang dikatakan bahawa dia adalah salah satu kisah cinta yang will never ge forgotten.

kejora yg malap : bukan kacau tapi terganggu..:)

mayday berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aku ada sorang kawan yg sbijik kisah cinta macam kau.

dia masih tidak menerima cinta lain sehingga sekarang kerana masih terkenang cinta lama.

phew..what a world.

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : kes kawan kau yang tidak boleh menerima cinta lain itu adalah teruk. kehidupan mesti diteruskan.

aku menerima cinta lain. mungkin kawan kau tuh terlalu mengharap sangat kot. ataupun, dia percaya bahawa kekasih dia itu akan pulang ke pangkuan dia. only God knows.

cookies berkata...

eh, what a coincident. smalam i got a sms from my past "guy".

but he's not a mistake for me.

tetiba i felt happy to receive his sms while i am so tad bz with my work.

Sometimes, our past can make us feel good at some point.

pelangi and promise berkata...

cookies : baguslah kalau macam itu. actually kita pun bukannya rasa best sangat pun kalau menyesali benda yang dah lepas. cuma, in mycase..aku rasa seperti been leftout.

ada orang kata, bekas kekasih can be your best buddy. :)

Tanpa Nama berkata...

dah ada anak dua dah pun....move on..

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : itulah pasal..tetiba mimpikan dia..keliwon nih..keliwon..

Selamber Rock berkata...

dugaan dlm mainan perasaan..

pelangi and promise berkata...

kejora : biasalah tuh..