Isnin

weekend and before go to sleep.

hari minggu yang betul-betul meletihkan, mana tidak sabtu dan ahad keluar kesana kemari macam tikus mencari-cari mentega keju yang ditinggalkan tuan rumah. kenduri kahwin, makan-makan se-malaysia betul-betul buatkan berat badan aku naik dalam dua hari. its not my fault. aku hanya mengisi undangan yang diberikan.

sepatutnya aku mengajak dia untuk keluar pada hujung minggu yang lepas. tapi disebabkan busy dgn agenda sendiri. aku hentikan saja niat aku itu. tapi dalam hati aku; mungkin dia pun mahu menghabiskan masa dgn teman lelaki dia. but, kenapa harus aku biarkan dia menhabiskan masa dgn teman lelaki dia. i should ask her to go out with me. atleast, dia tak-lah selalu bersama dgn teman lelaki dia dan dia lebihkan masa dgn aku. aku harus mementingkan diri sendiri terlebih dahulu. but what the hell...aku harus menjadi kejam. kejam adalah perkataan untuk orang-orang yang berjaya di zaman ini !!

oleh yang demikian. aku harus membuat beberapa plan yang terbaik untuk aku. tunggu dan lihat. kita harus bermain psikologi untuk memenangi hati perempuan ini. umpama seperti menarik rambut dalam tepung. rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. ia haruslah smooth dan easy.

since aku dan dia telah kenal hampir keseluruhannya, so aku tidak perlu start all over again ntuk memenangi hati dia. cukup dengan beberapa strategi. pada aku start all-over again adalah sesuatu yang aku malas buat sangat untuk peringkat ini. aku akan naik bosan. ia umpama orang yang berumur 45 tahun dan selepas kematian isteri atau suami dan telah menemui cinta baru. cinta baru yang memaksa dia untuk buat balik perkara-perkara seperti orang muda bercinta dulu. ..satu fasa yang agak slow dan bosan sikit bagi mereka yang mencecah umur 45 tahun. kemungkinan hasilnya cemerlang ataupun paling tidak sangkut ditengah jalan. finish.

"hows weekend?" simple dan straight. sms aku kepada dia. last night sebelum aku tidur.

"great..but nothing much..ingat nak ajak u keluar tengahari tadi.." dia balas ringkas dan maksudnya aku dapat.

aku tersenyum seorang diri sambil baring atas katil aku dengan penuh kesejukan malam yang membara. at this stage; aku dapati . dia selesa untuk keluar lagi dengan aku. ini menunjukkan dia willing untuk meluangkan masa dengan aku on weekend dari keluar selalu dengan teman lelaki dia.

time. masa.

tunggu dan lihat.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

good luck bro

pelangi and promise berkata...

tanpa nama : hehehe