Jumaat

Notting Hill

fikiran aku bercelaru gila seperti taufan ribut yang melanda gugusan di Amerika dan menerbangkan beribu-ribu rumah keatas langit dan berkecai macam abu-abu yang berterbangan.

cadangan untuk keluar bersama kawan-kawan terpaksa aku batalkan. aku tiada mood untuk bersosial ketika fikiran aku tengah berserabut. daripada aku keluar buat muka ketat dan menyakitkan hati orang lain baik aku duduk diam2 kat rumah sambil melayan perasaan yang berkumandang jauh.

duduk di rumah. satu pilihan yang terbaik.

makan apa yang disajikan dirumah. aku teringatkan dia. apalah agaknya dinner dia buat masa itu. adakah makan bersama adik-adiknya ataupun keluar dinner bersama teman lelakinya. adakah akan ada sesi suap-menyuap diantara dia dan teman lelakinya. aku admit. aku cemburu. aku kemaruk. aku adalah meroyan. ini adalah satu perkara yang bukan main-main. hati aku bagaikan disusuk paku-paku karat bila dia bercerita perihal teman lelakinya kepada aku. bukannya aku tidak suka tapi teman lelakinya itu adalah saingan untuk aku. saingan untuk aku merampas dia dari tangan teman lelakinya. cuma aku tidak boleh bertindak bodoh didepan dia dengan buat muka loya satu alam. layankan saja cerita ceriti dia tentang dia dan teman lelakinya.

mungkinkah ini; a shoulder to cry on. bila dia lampirkan semua kisah-kisah teman lelakinya kepada aku. dia ingat aku suka. yang aku tahu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. finish.

Notting Hill menjadi pilihan untuk aku semalam. semua cerita di astro tidak menghairahkan aku untuk satu sen pun.

Hugh Grant dan Julia Robert. pasangan yang berjumpa secara tidak sengaja di kota London atau spesifiknya lagi di tempat yang dinamakan Notting Hill. Notting Hill adalah salah satu cerita cinta yang betul-betul memikat hati aku.

secara tiba2 aku terdetik untuk sms dia.

"do you remember when the time we watched Notting Hill together kat cinema dulu?"

dia balas.

"yes, masih ingat..."

"remember bukan, bila itu pertama kali i memegang tangan u sebab u kata u sejuk?" aku reply balik kepada dia. straight to the point. actually, itu tujuan aku untuk dia kenangkan kembali bibit-bibit kami bersama.

walhal, pada masa itu kami hanya berkawan rapat. tidak lebih dari itu.

"masih ingat deary.."

i watched Notting Hill semalam dengan satu senyuman menguntum dibibir aku. aku tidak kisah dengan perkara-perkara lain. perkara tentang teman lelakinya dia. kisah tentang kucing dia. ataupun kisah-kisah lain.

as long dia masih ingat setiap apa yang kami buat bila bersama.

cukup untuk aku.

4 comments:

perempuandotdotdot berkata...

jelous kan mengenangkan orang yang kita sayang n suka dengan orang lain. rasa macam nak nyanyi lagu :

"ingin ku bunuh pacarmu saat dia cium bibir merahmu"

tapi sabar jela..

Tanpa Nama berkata...

adakah semua org yg merindu besikap begini?

i wonder.

pelangi and promise berkata...

perempuan : memang pun..by the way..lagu sapa tuh?

tanpa nama : tak semua sama.

Tanpa Nama berkata...

ko tgk citer tu dgn aweks ko yang dah kawen anak dua tu ke bro?ke aweks lain