Rabu

tonight

meluangkan masa bersama dia adalah satu abstrak yang payah untuk diucapkan oleh kata-kata. sehingga aku sanggup memberhentikan masa-masa itu jika aku bersama dia.

dia mengajak aku untuk dinner bersama malam ini.

aku sungguh excited. memang excited. saat berjumpa ataupun meluangkan masa bersama dia adalah yang terbaik. tiada gangguan lain. hanya aku dan dia. melewati masa-masa dengan indah sekali. jika aku mempunyai deria keenam ataupun kuasa sakti. sudah pasti aku memilih untuk memberhentikan masa, paling tidak pun memperlahankan waktu ketika aku bersama dia. aku ingin menikmati waktu itu dengan full-blast. supaya aku pulang ke rumah, aku akan tidur sambil tersenyum. senyum puas.

its been awhile kami tidak dinner bersama, paling terakhir adalah awal bulan hari tu. itupun dalam keadaan yang sangat cepat. kalau diikutkan aku, aku mahu dinner bersama dia dengan secara yang lebih tersusun. tidak mahu dalam keadaan yang kelam kabut. aku benci kelam kabut. ini kerana aku jenis orang yang mahu menikmati setiap bait-bait waktu yang berlalu dengan bermakna. bukan seperti touch and go.

harapan aku, malam ini. hanya aku dan dia. aku tidak mahu dia membawa teman lelaki dia. apa hal aku hendak makan malam bersama teman lelaki dia. aku hanya mahu dia. hanya dia sahaja. mahu hanya dimeja itu, kami berdua. mata bertentang mata. muka menghadap muka.dan aku tidak mahu menghadap muka teman lelaki dia.

cross my fingers untuk itu.

2 comments:

cookies berkata...

good luck.

hopefully the dinner invloves only the 2 of u.

Have fun and appreciate the moment. =)

pelangi and promise berkata...

cookies : thanks dear