fikiran aku bercelaru gila seperti taufan ribut yang melanda gugusan di Amerika dan menerbangkan beribu-ribu rumah keatas langit dan berkecai macam abu-abu yang berterbangan.
cadangan untuk keluar bersama kawan-kawan terpaksa aku batalkan. aku tiada mood untuk bersosial ketika fikiran aku tengah berserabut. daripada aku keluar buat muka ketat dan menyakitkan hati orang lain baik aku duduk diam2 kat rumah sambil melayan perasaan yang berkumandang jauh.
duduk di rumah. satu pilihan yang terbaik.
makan apa yang disajikan dirumah. aku teringatkan dia. apalah agaknya dinner dia buat masa itu. adakah makan bersama adik-adiknya ataupun keluar dinner bersama teman lelakinya. adakah akan ada sesi suap-menyuap diantara dia dan teman lelakinya. aku admit. aku cemburu. aku kemaruk. aku adalah meroyan. ini adalah satu perkara yang bukan main-main. hati aku bagaikan disusuk paku-paku karat bila dia bercerita perihal teman lelakinya kepada aku. bukannya aku tidak suka tapi teman lelakinya itu adalah saingan untuk aku. saingan untuk aku merampas dia dari tangan teman lelakinya. cuma aku tidak boleh bertindak bodoh didepan dia dengan buat muka loya satu alam. layankan saja cerita ceriti dia tentang dia dan teman lelakinya.
mungkinkah ini; a shoulder to cry on. bila dia lampirkan semua kisah-kisah teman lelakinya kepada aku. dia ingat aku suka. yang aku tahu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. finish.
Notting Hill menjadi pilihan untuk aku semalam. semua cerita di astro tidak menghairahkan aku untuk satu sen pun.
Hugh Grant dan Julia Robert. pasangan yang berjumpa secara tidak sengaja di kota London atau spesifiknya lagi di tempat yang dinamakan Notting Hill. Notting Hill adalah salah satu cerita cinta yang betul-betul memikat hati aku.
secara tiba2 aku terdetik untuk sms dia.
"do you remember when the time we watched Notting Hill together kat cinema dulu?"
dia balas.
"yes, masih ingat..."
"remember bukan, bila itu pertama kali i memegang tangan u sebab u kata u sejuk?" aku reply balik kepada dia. straight to the point. actually, itu tujuan aku untuk dia kenangkan kembali bibit-bibit kami bersama.
walhal, pada masa itu kami hanya berkawan rapat. tidak lebih dari itu.
"masih ingat deary.."
i watched Notting Hill semalam dengan satu senyuman menguntum dibibir aku. aku tidak kisah dengan perkara-perkara lain. perkara tentang teman lelakinya dia. kisah tentang kucing dia. ataupun kisah-kisah lain.
as long dia masih ingat setiap apa yang kami buat bila bersama.
cukup untuk aku.
Jumaat
Notting Hill
Khamis
tak breakfast pun ok;
seperti yang aku katakan sebelum ini. bila aku bersama dia; aura-aura sekeliling naik mengila dan aku jadi bersemangat dibuatnya.
aku bangun pagi hari ini dengan penuh semangat dan senyuman dibibir. mungkin disebabkan dinner malam semalam bersama dia membuatkan aku terasa puas. puas dalam hati. full-blast . first thing dalam kepala aku bila aku bangun dari tidur. adalah dia. bukan dia secara keseluruhannya tapi kisah semalam. semalam aku dan dia. momen-momen yang dilalui semuanya bagai bunga-bunga warna warni.
aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. i should sent her a morning greeting untuk dia. aku rasa pasti dia pun dalam on the way untuk ke tempat kerja.
"o; my sunshine sweet lullaby..do have a wonderful day just like a sunshine spread out its vibe."
aku sms dia. aku ingat nak telefon dia tapi aku rasa sms adalah lebih romantik sebab aku ada tulisan atau kata-kata yang boleh aku tuliskan untuk dia. mana tahu; boleh menceriakan hari-hari dia.
terima sms. dari dia.
"lovely just like you."
simple. mudah untuk dibaca dan difahami. but ia sungguh bermakna untuk aku.
terasa kenyang di pagi hari.
last night
dia tidak pernah mengagalkan aku untuk jatuh cinta berkali-kali untuk dia setiap kali bertemu muka.
ikea menjadi destinasi kami untuk dinner bersama.
seperti yang dikatakan, walaupun berpenampilan dengan hanya single putih dan skinny jeans. dia tidak pernah mengagalkan aku untuk jatuh cinta kepada dia setiap kali kami berjumpa. seperti ada kuasa bukan. tarikan magnet. tarikan gravity untuk aku terus-terusan melekat untuk mendekati dia.
sepatutnya bukan disitu destinasi kami untuk dinner bersama. aku cadangkan we had a very simple dinner kat Murni SS 2, PJ. tapi since dia ingin bershopping a little untuk perkakasan rumah. so, we just agreed to go to Ikea.
i dont call it a very romantik candle light dinner. tapi masa-masa yang terluang bersama dia adalah sungguh berharga. tapi semalam menjadikan lebih istimewa adalah kerana, itu hanya ada aku dengan dia. dia dan aku. tidak ada orang lain. tiada gangguan lain yang menyibuk. tiada teman lelaki dia disisi. aku rasa lebih selesa begitu. senang untuk aku mengeluarkan the'real' me.
we had a good talk.
a good talk. maksud aku disini. we catch up everything yang terlepas pandang oleh kami berdua. menceritakan tentang problem masing-masing. apa yang terbaru dan terkini dari aku dan dia. bergelak sakan bila ingatkan kembali saat-saat yang pernah dilalui oleh kami berdua. vibe yang sungguh indah semalam. secara totalnya, aku menjadi a very good listener untuk dia. majoriti of the talk adalah dari dia. aku hanya menjadi pendengar. aku rela menjadi listenner untuk dia. bagi semua masalah-masalah dia. menjadi pendengar untuk semua cerita-cerita gembira. everything.
bak kata orang tua. in order to memenangi hati seorang perempuan adalah dengan menjadi seorang pendengar yang baik. aku ke arah itu. untuk menjadi a shoulder to cry on untuk dia.
i wish. aku dan dia dapat meluangkan lebih masa seperti ini selalu. not selalu, i dont want selalu, i want everytime. setiap hari. setiap masa. aura-aura yang bermain bila aku bersama dia membuatkan aku lebih bersemangat untuk kesemuanya.
aku dapat rasakan dia pun berperasaan begitu seperti aku. dari reaksi muka dan gelagat badannya. dia enjoy semalam. sebab dia menjadi diri sendiri. tiada lagi kelakuan kontrol-kntrol seperti bila bersama teman lelaki dia. aku dan dia menjadi bebas. kami menjadi diri sendiri. itulah antara part-part yang aku suka bila bersama dengan dia. kami menjadi diri sendiri. tidak perlu berlakon itu ini. mungkin juga sebab kami dah lama berkawan so we feel comfortable untuk menjadi diri sendiri. bila ada comot makanan di tepi bibir pun. siapa pedulik kan??
dia. terima kasih untuk wonderful dinner plus teman dia untuk beli barangan perkakasan rumah. i had a great. aku harap dia pun begitu juga.
sebelum tidur, aku sms dia. untuk mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuk aku. a quality time together. tanpa gangguan orang lain.
dia balas dengan mengatakan yang dia had a very wonderful time with me. looking forward untuk keluar bersama lagi. yes !! sesuatu yang baik telah dibalas dengan baik. aku juga looking forward on that.
tidur sambil tersenyum puas.
xoxo.
Rabu
tonight
meluangkan masa bersama dia adalah satu abstrak yang payah untuk diucapkan oleh kata-kata. sehingga aku sanggup memberhentikan masa-masa itu jika aku bersama dia.
dia mengajak aku untuk dinner bersama malam ini.
aku sungguh excited. memang excited. saat berjumpa ataupun meluangkan masa bersama dia adalah yang terbaik. tiada gangguan lain. hanya aku dan dia. melewati masa-masa dengan indah sekali. jika aku mempunyai deria keenam ataupun kuasa sakti. sudah pasti aku memilih untuk memberhentikan masa, paling tidak pun memperlahankan waktu ketika aku bersama dia. aku ingin menikmati waktu itu dengan full-blast. supaya aku pulang ke rumah, aku akan tidur sambil tersenyum. senyum puas.
its been awhile kami tidak dinner bersama, paling terakhir adalah awal bulan hari tu. itupun dalam keadaan yang sangat cepat. kalau diikutkan aku, aku mahu dinner bersama dia dengan secara yang lebih tersusun. tidak mahu dalam keadaan yang kelam kabut. aku benci kelam kabut. ini kerana aku jenis orang yang mahu menikmati setiap bait-bait waktu yang berlalu dengan bermakna. bukan seperti touch and go.
harapan aku, malam ini. hanya aku dan dia. aku tidak mahu dia membawa teman lelaki dia. apa hal aku hendak makan malam bersama teman lelaki dia. aku hanya mahu dia. hanya dia sahaja. mahu hanya dimeja itu, kami berdua. mata bertentang mata. muka menghadap muka.dan aku tidak mahu menghadap muka teman lelaki dia.
cross my fingers untuk itu.
why her?
kenapa dia?
itu satu persoalan yang sering ditanya oleh rakan-rakan. kenapa tiada orang lain?
jawapan aku.
itu mungkin senang bagi kalian. tapi bagi aku. dia adalah sesuatu. sesuatu yang pernah datang ke dalam hidup aku ketika aku betul-betul mahukan seseorang. tapi sayangnya, dia sudah punya orang lain. maksud punya itu belum lagi secara mutlak cuma atas dasar verbal suka-suka.
kami memang rapat. aku ada untuk dia. dan, dia ada untuk aku. itu sudah cukup untuk kami. tapi seperti yang pernah aku katakan, mungkin ruang-ruang untuk aku lafazkan rasa sayang aku yang lebih dari teman baik itu belum muncul ataupun sekiranya muncul mungkin aku yang seorang pengecut.
aku seorang pengecut. mungkin juga. atau aku takutkan dengan patah hati. atau aku takutkan dengan setelah aku luahkan nanti. keadaan yang ada dianatara aku dengan dia sekarang ini akan berubah. aku takut dengan perubahan keatas kami. maksud perubahan ini adalah renggang. takut untuk tidak serapat ini lagi.
aku mahu kami serapat ini.
kekalkan sebegitu. aku tahu, terdetik di dalam hati juga dia menyintai dan menyayangi aku. cuma status sayang itu bagaimana. mungkin dia tidak mahu melukakan hati kekasih hati itu. terperangkap dalam dua hati aadalah seksa. perasaan yang buatkan kita seksa.
menunggu waktu.
the beginning
ada yang berkata kepada aku bahawa cinta itu manis. manis seperti gula-gula yang bisa buatkan kita teringat-ingat akan cinta kita.
aku masih mencari erti-erti setiap kata-kata itu. bagi aku. aku rasa cinta itu seperti membunuh aku bila aku melihat kamu bersama teman lelakimu. adakah aku yang bersalah kerana menyintai diri kamu yang sudah berpunya itu.
aku berpegang kepada selagi kamu berdua tidak dijabkabul. selagi itu aku masih berpeluang. aku akan sentiasa mencari peluang itu. agar kamu tahu kehadiran aku utnuk kamu. sekejap; aku rasa kamu tahu dengan kehadiran aku. malah kamu juga senang bila bersama dengan aku.
bukan setahun dua kita berkawan, sudah lebih dari 3 tahun. cuma adakah salah aku untuk tidak meluahkan segala rasa hati aku untuk kamu. atau adakah kamu yang tidak memberikan ruang-ruang itu untuk aku. sekiranya itu yang menjadi persoalan. mulai sekarang aku akan mencari ruang-ruang yang pernah aku tinggalkan itu.
tinggalkan kekasihmu itu. aku menunggu untuk kamu mengucapkan kepada aku ' i love u'.
kembali.